Saturday 17 October 2015

Tempat paling santai untuk bermain futsal di Sabah

Sabah negeri dibawah bayu kerana negeri ini di lindungi oleh gunung kinabalu. Ibarat angin bertiup di atas gunung kinabalu melindungi tanah landai.

Futsal adalah permainan yang menjadi kegilaan para pemain bola sepak zaman sekarang.

Di Sabah khususnya kota kinabalu ada beberapa tempat yang boleh kita bermain futsal contohnya seperti gelangang BSA di Kolombong, Futsal Centre di Rampaian Laut, Futsal di Yayasan Sabah dan di Jeselton Point. 

Sejak hujung tahun 2014 Kementerian Belia Sukan Negeri Sabah telah mengambil langkah dengan membuka padang hoki untuk bermain futsal pada sebelah malam.

Padang hoki di urus oleh pengurusan kompleks sukan likas. Untuk menmpah padang hoki bermain futsal perlu datang di Stadium Likas untuk menmpah dan perlu membayar terus. ini adalah kerana padang hoki tidak menyediakan kaunter untuk membuat pembayaran seperti yang di amalkan oleh pengurusan futsal biasa. Perlu di ingatkan untuk menempah perlu dibuat seminggu sebelum kerana jadual untuk tempahan sentiasa penuh.

Harga untuk menyewa padang untuk sejam adalah RM265 dan perlu membawa pengadil sendiri. permainan di padang hoki boleh bermain 11 sebelah. Ramai pemain yang telah bermain futsal di padang hoki berpuas hati dan lebih baik daripada padang futsal biasa.

Saya sendiri mempunyai pasukan sendiri iaitu Bluetooth FC boleh dikatakan sebulan 1 dan 2 kali bermain. Pasukan kami boleh dikatakan ketagih untuk bermain di padang hoki tersebut.

No comments:

Post a Comment