Saturday 10 October 2015

Membuat latihan Golf di driving range



'Nice shot pro, lurus bola ko macam pembaris. Tiada masalah swing ko sekarang'


Adakah anda selalu dengar apabila turun mana-mana driving range kawan-kawan memberi respon seperti di atas selepas memukul bola golf di range. Ya, kata-kata begini sering kali didengari.

Tetapi biasanya membuat swing di range seringkali bola akan naik seperti yg kita harapkan. tetapi hakikatnya, apabila memasuki golf course selalu sahaja tidak menjadi sepertimana kita memukul di range. Bola pergi kiri dan kanan malah OB (out of bound) dan menyebabkan score atas PAR.

Perlu kita ingat, sukan golf adalah satu2nya sukan yg mempunyai tempat  berlainan untuk membuat latihan dan permainan sebenar. Untuk membuat latihan kita perlu pergi di driving range dan untuk bermain golf kita perlu pergi ke padang golf. Tidak seperti sukan lain sebagai contoh permainan bola sepak kita berlatih di padang bola dan kita main juga di padang bola, badminton berlatih di gelanggang badminton dan main juga di gelanggang badminton.

Driving Range
Menyediakan tempat untuk pemain golf untuk membuat latihan. Kemudahan tempat memukul bola biasanya disediakan karpet siap untuk kita memukul driver dan iron. pemain golfer tidak perlu risau untuk menyewa tempat, pemain hanya perlu menyewa bola di kaunter yang di sediakan. Harga bola untuk disewa biasanya RM10 untuk 100 biji bola. Ada juga driving range menyediakan tempat untuk latihan bunker dan putting serta membuat latihan short game.

Biasanya kita memukul di atas karpet, bola tetap akan kena kerana dibantu oleh karpet.




No comments:

Post a Comment